Mari kita memulakan membuat website menggunakan secara percuma. untuk mempelajari asas adalah lebih mudah mempelajari blogspot. apabila anda mahir, amat mudah menggunakan / membina website lain seperti wordpress, wix, google dan lain-lain. Mencipta Blog Mestilah Mempunyai Akaun Dengan Gmail. Jika Belum Ada Daftar Dulu Akaun Di “
www.gmail.com“. jika tidak menggunakan gmail akan berkemungkinan web blog anda akan dibatalkan. Siapkan email anda dahulu.
STEP 1
Buka web browser dan masuk ke website “www.blogger.com“. Klik pada “GET STARTED” yang dalam box warna orange.
STEP 2
Lihat keluar “CREATE A GOOGLE ACCOUNT”. Isi semua maklumat dalam form yang disediakan seperti dalam gambar di bawah untuk create google account. Dah siap isi, boleh klik “CONTINUE”.
STEP 3
Seterusnya akan keluar paparan berikut iaitu “NAME YOUR BLOG”. Di sini isi nama dan URL blog.
•*Blog title:
Untuk namakan blog. Nama blog ini akan muncul pada dashboard, profile blog dan juga pada laman blog. Seeloknya bagi nama yang melambangkan identiti anda atau apa yang berkaitan dengan pengisian blog anda.
•*Blog Url Adress:
Untuk alamat blog anda. Contohnya (http://nasiayam.blogspot.com). Kemudian check pada availability untuk menyemak samaada nama blog yang dipilih sudah ada orang guna atau belum. Seeloknya url dan nama blog selari atau saling berkaitan.
•*Word Verification: Masuk huruf yang dipaparkan untuk verify (sahkan). Selepas siap, boleh klik “CONTINUE”.
STEP 4
Langkah seterusnya adalah anda kena pilih template yang nak digunakan dalam laman blog. Terdapat pelbagai jenis template yang cantik dan simple. klik mana template yang rasa menarik mengikut citarasa. kemudian, sila klik “CONTINUE”.
STEP 5
Yah! akan keluar “Your Blog Has Created!” means yang anda berjaya buat blog sendiri. Kemudian, klik “START BLOGGING” untuk pergi cuba taip first entry/post dalam blog.
STEP 6
Anda boleh mula menaip apa yang ingin dikongsikan dalam blog. Tulis tajuk pada “TITLE”. Taip entry pada “COMPOSE”. Selepas siap menaip, klik pada “PUBLISH POST” selepas selesai menaip
0 comments:
Post a Comment