Menyediakan dan membuka ruang bisnes untuk anda

Pihak kami meneliti permintaan tinggi dari peserta dalam memajukan kursus -kursus komunikasi perniagaan, marketing power, pemasaran online dan pemborong

Kursus Komunikasi perniagaan

Subjek ini memberikan banyak impak kepada ahli perniagaan kerana peserta diajar mengenai komunikasi intra personal, interpersonal, komunikasi lisan,kemahiran berfikir, perundingan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Marketing Power

Subjek ini memberi power tambahan marketing dengan marketing 4P+3P, IMC, offline n online marketing,swot dll

Kursus Online / Online Marketing

Peserta mengikuti kursus yang sentiasa ceria kerana dibimbing cara mudah membangunkan website/blog dan hanya dua hari mahir menggunakanya

kursus borong ke China, Vietnam dan Indonesia

Ini antara peserta kursus yang mengikuti misi borong ke shenzhen - guangzhou, china merupakan kumpulan awal dari kuala lumpur

20120528

MEMAHAMI DOMAIN DAN HOSTING

Masih ramai lagi tidak tahu apa itu domain dan hosting. Bagaimana nak beli dan dimana nak beli. Kebanyakan kita menganggap domain dan hosting itu mahal dan tidak ramai yang berani untuk menggunakannya.Domain dan hosting sinonim dengan CMS seperti WordPress, Joomla, Blogspot, Drupal dan lain-lain CMS yang ada. Tapi yang paling terkenal ialah WordPress. Untuk menggunakan WordPress, perlu  ada domain dan hosting sendiri untuk simpan fail-fail ini.
Istilah Domain dan Hosting
Domain (atau URL)  ialah nama sesebuah website/blog. Contohnya www.muslimah.com. Kebiasaanya domain berakhir dengan .com, .net, .org dan lain-lain lagi. Orang  yang biasa menggunakan domain .com kerana mudah diingat dan murah. Terdapat juga domain lain seperti .my, .com. my, .edu.my, .biz, .info, .mil dan lain-lain lagi. Harga-harga domain ini berlainan mengikut jenis domain pilihan anda.

Sub Domain ialah tambahan url di belakang atau dihadapan sesebuah domain itu. Contohnya www.muslimah.com/blog/ atau pun www.blog.muslimah.com. Domain ini ialah percuma dan boleh digantikan 'blog' dengan apa-apa nama yang korang mahu dan seberapa banyak korang mahu. Untuk setting lokasi sub domain sama ada dihadapan atau dibelakang boleh dilakukan di CPanel hosting anda.

Parked Domain ialah domain berlainan nama yang menuju ke website yang sama. Contohnya www.muslimah.com dan www.muslimahcantik.com. Bila seseorang menaip salah satu domain itu tak kiralah www.muslimah.com atau www.muslimahcantik.com, mereka akan dibawa ke website/blog yang sama iaitu www.muslimah.com. Biasanya parked domain digunakan apabila website/blog itu berpindah menggunakan domain yang lain dan mereka tidak mahu kehilangan pelawat lama.

Addon Domain ialah domain tambahan didalam hosting yang sama. Beza addon domain dengan parked domain ialah addon domain mempunyai website/blog sendiri contohnya jikalau anda membuka www.muslimah.com dan www.muslimahcantik.com, anda tidak akan dibawa ke blog/website yang sama. Domain www.muslimah.com akan membawa anda ke blog lain dan www.muslimahcantik.com akan bawa anda ke blog yang lain.
Untuk senarai harga domain di DataKL, boleh merujuk jadual dibawah.



Web Hosting ialah ruang store untuk anda meletakkan fail-fail Blogspot, WordPress atau CMS lain yang anda pilih. Web hosting terbahagi kepada 2 jenis iaitu Shared Hosting dan Dedicate Hosting. Setiap web hosting ini terbahagi kepada 2 jenis lagi iaitu Windows Hosting dan Linux Hosting. Benda ini anda tak perlu ambil tahu sangat pun.

Shared Hosting ialah ruang store yang dikongsikan bersama dengan pelanggan lain yang melanggan di tempat sama anda beli hosting ni. Dalam erti kata lain, dalam satu komputer server mereka, mungkin ada 6 atau 7 orang lain yang berkongsi ruang store dengan anda. Jenis hosting ini lebih murah kerana anda hanya perlu bayar sewa setahun sekali dan sesuai untuk syarikat kecil atau blogger biasa.

Dedicated Hosting ialah ruang store yang disediakan khas untuk fail-fail anda. Maksudnya dalam satu komputer server mereka, hanya ada fail-fail anda sahaja dan tidak berkongsi dengan pelanggan lain. Hosting ini lebih mahal berbanding Shared Hosting kerana anda perlu membayar sewa setiap bulan. Hosting jenis ini sesuai untuk mereka yang ada forum, syarikat besar-besar, blog yang dikunjungi ramai orang.


Anda bolehjuga  mencuba di Hostmalaya. Di sini saya ingin tunjukkan cara-cara untuk anda beli domain dan hosting dari Hostmalaya. Mereka yang pertama kali membeli hosting, anda memerlukan domain sekali. Anda boleh tekan pada menu DOMAIN di laman Hostmalaya. Apabila page baru telah muncul, anda boleh pilih nama domain yang diinginkan. Sebagai contoh dalam gambar di bawah, aku akan membeli domain iniblog saya.com Jika available macam gambar dibawah, maka bolehlah anda membeli domain tersebut. Jika unavailable, terpaksalah anda cari domain name lain untuk blog anda. Selepas anda berberpuas hati dengan nama yang anda  inginkan, tekan sahaja Order Now.

1 comments:

Cheap Web Hosting said...

artikel yang menarik...

Post a Comment