Menyediakan dan membuka ruang bisnes untuk anda

Pihak kami meneliti permintaan tinggi dari peserta dalam memajukan kursus -kursus komunikasi perniagaan, marketing power, pemasaran online dan pemborong

Kursus Komunikasi perniagaan

Subjek ini memberikan banyak impak kepada ahli perniagaan kerana peserta diajar mengenai komunikasi intra personal, interpersonal, komunikasi lisan,kemahiran berfikir, perundingan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Marketing Power

Subjek ini memberi power tambahan marketing dengan marketing 4P+3P, IMC, offline n online marketing,swot dll

Kursus Online / Online Marketing

Peserta mengikuti kursus yang sentiasa ceria kerana dibimbing cara mudah membangunkan website/blog dan hanya dua hari mahir menggunakanya

kursus borong ke China, Vietnam dan Indonesia

Ini antara peserta kursus yang mengikuti misi borong ke shenzhen - guangzhou, china merupakan kumpulan awal dari kuala lumpur

20120529

APAKAH AKAUN PAYPAL DAN FUNGSINYA?

Kunci kejayaan perniagaan Internet adalah PayPal. Kalau anda masih tidak mempunyai akaun PayPal, jangan berani bermimpi nak berjaya dalam perniagaan online, terutama sekali dalam arena global



Apakah itu PayPal?

PayPal adalah sistem pembayaran online (e-wallet) yang membolehkan anda menghantar atau menerima duit dalam bentuk digital. Dengan akaun PayPal anda sendiri, anda boleh menerima bayaran daripada pemegang akaun PayPal lain dengan cepat dan mudah. Malah, anda juga boleh menerima bayaran dari kad kredit.

Kepentingan PayPal dan fungsi mendapatkan akaun PayPal hari ini juga:

·         Membuka akaun PayPal adalah percuma - anda tidak perlu membayar setup fee atau yuran tahunan

·         Anda boleh membeli-belah di Internet dengan mudah, terutamanya membeli barangan dari luar negara

·         Dengan PayPal anda boleh menerima bayaran dalam Ringgit, USD atau 25 mata wang asing yang lain

·         Anda boleh menerima bayaran dari pelanggan diseluruh dunia - PayPal digunakan oleh pembeli dari 136 negara!

·         Jual produk digital, produk fizikal, servis dan juga tiket seminar anda dengan satu akaun

·         Dengan PayPal anda boleh berniaga di Ebay.com, Mudah.my dan website lain yang memerlukan PayPal

·         Anda boleh menyertai program affiliate luar negara yang hanya membayar komisen melalui akaun PayPal

·         Pindahkan wang dengan mudah dari akaun PayPal ke bank-bank tempatan, kad kredit atau kad debit anda


0 comments:

Post a Comment