Menyediakan dan membuka ruang bisnes untuk anda

Pihak kami meneliti permintaan tinggi dari peserta dalam memajukan kursus -kursus komunikasi perniagaan, marketing power, pemasaran online dan pemborong

Kursus Komunikasi perniagaan

Subjek ini memberikan banyak impak kepada ahli perniagaan kerana peserta diajar mengenai komunikasi intra personal, interpersonal, komunikasi lisan,kemahiran berfikir, perundingan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Marketing Power

Subjek ini memberi power tambahan marketing dengan marketing 4P+3P, IMC, offline n online marketing,swot dll

Kursus Online / Online Marketing

Peserta mengikuti kursus yang sentiasa ceria kerana dibimbing cara mudah membangunkan website/blog dan hanya dua hari mahir menggunakanya

kursus borong ke China, Vietnam dan Indonesia

Ini antara peserta kursus yang mengikuti misi borong ke shenzhen - guangzhou, china merupakan kumpulan awal dari kuala lumpur

20120523

Kelebihan Bisnes Secara Online


Usahawan akan didedahkan beberapa kebaikan serta kelebihan bisnes online jika anda bercadang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan di internet atau bisnes online. Rata-rata sekarang ini ramai yang begitu ghairah untuk jalankan perniagaan. Tetapi adakah mereka ini mengkaji risiko-risiko yang bakal mereka tempuhi. Jika anda ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan, dicadangkan pilih perniagaan yang boleh dijalankan secara online. Bukan bermakna perniagaan offline tidak bagus atau tiada peluang untuk berjaya, tetapi perniagaan yang dilakukan secara online kurang berisiko dan lebih mudah untuk dijalankan. Namun begitu walaupun terdapat banyak kelebihan bisnes online ni, tidak semua orang akan berjaya dalam perniagaan online.

Berikut adalah beberapa Kelebihan Bisnes Online
1. Kos Murah – Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM100 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM2,500 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.
2. Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.
3. Risiko kecil – Semua perniagaan mempunyai risiko. Cumanya kelebihan bisnes online ini mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.
4. Anda adalah BOS – satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuka dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.
5. Kebebasan Lokasi Bekerja – dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.
6. Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai – melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.
7. Isu Lesen Perniagaan – anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.
8. Pelbagai Jenis Perniagaan – inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.
9. Tidak Perlu Travel – dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.
10. Peluang Bisnes Global – bisnes online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.
11. Pelanggan Tanpa Had – seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.
12. Peluang Pendapatan Pasif – satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana income pertama di internet. Walaubagaimanapun, berhati-hati memilih perniagaan yang ingin dijalankan di internet. Sekiranya anda masih lagi was-was serta belum lagi yakin dengan kemampuan anda untuk jalankan bisnes secara online, apa kata anda timba dulu ilmu serta kemahiran untuk membina website perniagaan yang berjaya. Jangan risau ianya PERCUMA.

1 comments:

Blog Nur Balqis Qahira said...

Terima kasih untuk semua maklumat yang diberikan.Maklumat yang amat bermanfaat.Salam perkenalan.

Post a Comment