Menyediakan dan membuka ruang bisnes untuk anda

Pihak kami meneliti permintaan tinggi dari peserta dalam memajukan kursus -kursus komunikasi perniagaan, marketing power, pemasaran online dan pemborong

Kursus Komunikasi perniagaan

Subjek ini memberikan banyak impak kepada ahli perniagaan kerana peserta diajar mengenai komunikasi intra personal, interpersonal, komunikasi lisan,kemahiran berfikir, perundingan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Marketing Power

Subjek ini memberi power tambahan marketing dengan marketing 4P+3P, IMC, offline n online marketing,swot dll

Kursus Online / Online Marketing

Peserta mengikuti kursus yang sentiasa ceria kerana dibimbing cara mudah membangunkan website/blog dan hanya dua hari mahir menggunakanya

kursus borong ke China, Vietnam dan Indonesia

Ini antara peserta kursus yang mengikuti misi borong ke shenzhen - guangzhou, china merupakan kumpulan awal dari kuala lumpur

20120524

MEMBORONG DI HO CHI MINH, VIETNAM


Di kalangan wanita, ramai yang berminat dan menyimpan keinginan untuk berniaga sendiri tetapi tidak pasti jenis perniagaan yang ingin diceburi. Fenomena itu mungkin dapat diselesaikan apabila mereka berpeluang untuk mengunjungi pusat-pusat borong terbesar terutama Vietnam dan. di China

Kunjungan ke tempat-tempat seperti ini mungkin mampu membuka minda terhadap ruang dan peluang perniagaan yang boleh diceburi. Bandar Ho Chi Minh yang dulunya dikenali sebagai Saigon i pernah menjadi pusat utama bagi askar Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam dulu dan kini menjadi pusat beli-belah untuk pemborong dari Malaysia. Tarikan utama di Ho Chi Minh adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal ,kain-kain ela yang murah, pakaian sukan, kasut kulit dan pakaian lelaki. Anda boleh membeli untuk kegunaan sendiri ataupun untuk perniagaan.

Barangan yang dibeli secara borong i boleh dijual dengan harga berlipat kali ganda mengikut harga pasaran di Malaysia,. Lokasi borong utama adalah pasar Ben Tanh yang menempatkan hampir 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Tempat ini juga merupakan tarikan utama pelancong-pelancong terutama dari Malaysia, Brunai, Indonesia dan Thailand.Di sini terdapat pelbagai jenis barangan seperti kraf tangan, baju T, kemeja, beg tangan, kain sutera dan aksesori wanita. Selain dari itu terdapat juga barangan lelaki seperti pakaian-pakaian sukan, kasut sukan, raket badminton dan beg-beg kembara.

Oleh kerana terlalu ramai orang Malaysia yang ke sini, peniaga-peniaga di sini boleh berbahasa Melayu. Ke mana juga kita pergi kita akan disambut dengan ucapan 'Selamat datang abang-abang, kakak-kakak'. Selain itu mereka juga mengetahui dengan terperinci kehendak dan cita rasa rakyat Malaysia,.

Peserta borong akan dibawa melawat satu lagi pusat borong utama iaitu pasar Ben Tay atau lebih dikenali sebagai China Town. Di sini banyak terdapat barangan kanak-kanak, kasut, kain ela, serta beribu pilihan pakaian bayi dalam pelbagai warna. Di sini pasti akan rambang mata dengan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh peniaga. Konsep niaga mereka adalah borong runcit. Namun tidak seperti di Ben Tanh, ada peniaga di sini tidak mahu menjual secara runcit. Mereka kebanyakan hanya melayan pelanggan yang mahu membeli secara borong atau pukal. barangan di sini lebih murah dan sesuai untuk mereka yang ingin memborong secara pukal.

Selain dua tempat tersebut, peniaga juga dibawa ke tiga pasar raya besar di bandar itu iaitu Plaza Diamond, Saigon Tax Trade Center dan Parkson Department Store serta tempat membeli-belah lain di Vietnam iaitu pusat memborong An Dong, Binh Tay di Cho Lon dan sebagainya.

Selain daripada memborong, bandar Ho Chi Minh juga sangat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Terdapat banyak peninggalan sejarah seperti kereta kebal, jet pejuang, bom dan pelbagai senjata lain yang dipamerkan di muzium di sini.

Tips semasa membeli-belah di Vietnam

1.  Jika anda nampak barangan tidak mempunyai tanda harga, maknanya harga itu boleh dirunding.

2. Semasa berunding harga dengan peniaga di sana pula, pastikan anda minta sehingga tiga kali murah dari harga sebenar.

3. Jika anda dapati rundingan harga kurang berjaya, anda cuba pergi dari kedai tersebut dan anda akan terperanjat, peniaga kedai rundingan tadi akan memanggil anda semula bersetuju dengan harga yang dirundingkan tadi.

4. Pastikan anda menjaga beg duit supaya tidak di curi oleh penyeluk saku.


0 comments:

Post a Comment