Menyediakan dan membuka ruang bisnes untuk anda

Pihak kami meneliti permintaan tinggi dari peserta dalam memajukan kursus -kursus komunikasi perniagaan, marketing power, pemasaran online dan pemborong

Kursus Komunikasi perniagaan

Subjek ini memberikan banyak impak kepada ahli perniagaan kerana peserta diajar mengenai komunikasi intra personal, interpersonal, komunikasi lisan,kemahiran berfikir, perundingan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Marketing Power

Subjek ini memberi power tambahan marketing dengan marketing 4P+3P, IMC, offline n online marketing,swot dll

Kursus Online / Online Marketing

Peserta mengikuti kursus yang sentiasa ceria kerana dibimbing cara mudah membangunkan website/blog dan hanya dua hari mahir menggunakanya

kursus borong ke China, Vietnam dan Indonesia

Ini antara peserta kursus yang mengikuti misi borong ke shenzhen - guangzhou, china merupakan kumpulan awal dari kuala lumpur

20120524

RAHSIA KEJAYAAN MEMBORONG DI CHINA


Perniagaan memborong adalah satu bahagian dalam perniagaan yang menguntungkan bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 20 dan menjualnya dengan harga RM 100. Anda mendapat RM 80 keuntungan hasil dari jualan yang dilakukan. Keuntungan anda sudah berganda.

Oleh itu, perniagaan pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda. Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber. Sumber bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa kini, China adalah pengeluar utama kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan disekeliling kita ini diperbuat dari China.

Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai seperti di Shenzhen, Guangzhou dan dan Yiwu menepati pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih tunggu dan lihat untuk meneroka pasaran ini. Memborong di China bukanlah sesuatu yang susah. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti kedatangan anda.

Sesuatu yang menarik mengenai ekonomi China adalah polisi kerajaan China yang menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut jenis produk seperti kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza memborongnya yang selesa. China adalah sebuah negara yang berlain dari segi cara berniaga, budaya, bahasa, cara berfikir dan ekonomi. Untuk lebih egara dalam pemborongan kita perlu belajar memahami suasana setempat egara tersebut.

Kelebihan Memborong dari China

i.        Murah

Barangannya adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah. Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti pukal.

Margin produk yang tinggi, akan dapat membantu lebih banyak keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari bangsa lain.

Usahawan merungut dengan pesaingnya yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah, pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah. Inilah kelebihannya.

ii.       Pilihan yang pelbagai

Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong di Yiwu dengan keluasan 5km persegi.. Jika anda berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada. Pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.

Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada. Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual barangan yang sama kepada pesaing anda.

iii.      Peningkatan Kualiti Barangan

"Made in China" sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu bahawa jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga menghasilkan barangan mereka di China.

Oleh itu, di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran kita.

iv.      Teknologi Tinggi

Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan yang tinggi di China dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan. Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa yang dicipta di negara barat.

Maka adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk mula memasuki pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran, adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan.  Ambillah peluang yang terbuka luas dan pelajarilah cara-caranya.

0 comments:

Post a Comment